Muzik adalah fitrah bagi manusia. Semua orang pernah mendengar muzik secara langsung atau pun tidak langsung dalam kehidupan seharian.
Muzik ada di mana-mana sekeliling kita. Agak sukar untuk kita elakkan dari mendengar muzik dalam kehidupan seharian kita.
Ada sesetengah kelompok masyarakat menganggap muzik adalah hiburan yang melalaikan. Ya! Kita tidak nafikan, jika kita melibatkan diri dalam muzik sehingga terlupa untuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting dan peru diberi keutamaan, muzik sememangnya melalaikan.
Ini ada beberapa kebaikan mendengar Muzik atau lagu....:
Muzik ada di mana-mana sekeliling kita. Agak sukar untuk kita elakkan dari mendengar muzik dalam kehidupan seharian kita.
Ada sesetengah kelompok masyarakat menganggap muzik adalah hiburan yang melalaikan. Ya! Kita tidak nafikan, jika kita melibatkan diri dalam muzik sehingga terlupa untuk melakukan perkara-perkara yang lebih penting dan peru diberi keutamaan, muzik sememangnya melalaikan.
Ini ada beberapa kebaikan mendengar Muzik atau lagu....:
1. Muzik dapat mengurangkan tekanan diri
Hidup lebih ceria....Bagi yg berpenyakit Stress atau tekanan darah tinggi....Muzik sangat membantu kehidupan.
2. Membantu mereka yang Insomnia (sukar tidur)
Kalau muzik boleh melelapkan anda....kena ada radio atau mini hifi di dalam bilik tidur anda
3 Meredakan Kesihatan
Ini pendapat masing-masing. Ada juga boleh jadi melalaikan. It usalah lu sendiri lah, orang time nak kerja lu bantai dengar muzik apa cerita. Muzik dikatakan satu seni yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seharian. Dah jadi industri macam-macam sekarang nih. Berapa lagu telah di dicipta, sampai juta-juta. Elemen, aliran muzik bukan satu dua jer sekarang nie. Rnb, pop, rock, pop etnik, jazz, dan macam-macam lagilah kalau nak sebut tak habis sampai pagi cerita nih. Diantara mitos, realti dan fantasi.
Melalui muzik juga terdapat koordinasi fizikal yang mampu berjalan dengan baik. Paling penting muzik juga mampu menghilangkan penyakit nyayuk pasa usia senja. Ia berkaitan dengan kesihatan kitalah.
Muzik mempunyai manfaat besar dalam menyembuhkan penyakit. Muzik bekerja dengan sistem saraf yang kemudian secara automatik mampu meringankan rasa sakit yang kronik. Itulah sebabnya ada sesebuah hospital (swasta) menggunakan muzik sebagai terapi. Kadang-kadang hospital pun satu dia guna lagu-lagu instrumental untuk kasi pesakit tuh rileks cool, Lagu ala-ala Kenny G . So tujuan dia adalah muzik berbentuk macam ini dia ada elemen yang membuat tubuh badan kita nih mengeluarkan zat endorfin untuk kasi neutral badan dari rasa sakit, kasi lambat degupan jantung dan juga menenangkan pernafasan.
4. Menenangkan hati dan perasaan.
Adakah anda tahu bahwa ketka muzik yang sedap didengar oleh halwa telinga, ketika itu otak sedang melepaskan satu ketegangan suasana hati yang sedang tegang dan berserabut. Tapi kalau korang tengah frust, dengar lagu sedih memang tak jalan lah jawabnya. Lagi tambah derita..Haha
5. Mengawal tekanan darah.
Mendengar muzik dengan irama yang lembut akan membantu pesakit darah tinggi mengawal tekanan darah mereka. Kajian yang dilakukan dari US menunjukkan bahawa hanya dengan mendengar muzik berirama klasik selama 30 minit sehari ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi secara ketara sekali.
6. Meningkatkan kualiti tidur.
Mendengar muzik membantu menenangkan fikiran dan jiwa sehingga membantu sehingga membantu anda agar tidur nyenyak. Muzik juga memapu meyembuhkan insomnia. Apabila anda mendapat tidur yang cukup sekaligus memberikan kesihatan yang semula jadi kepada otak, minda dan badan anda akan terasa sentiasa sihat dan segar bugar.
7. Membuat anda bersemangat.
Banyak orang memilih mendengar muzik semasa bersenam. Ini disebabkan kerana muzik akan membuat mereka bersemangat, meningkatkan daya tahan dan mengalihkan perhatian anda dari segala bentuk ketidakselesaan.
Nah, percaya tak dalam sehari mesti korang akan dengar lagu sekurang-kurang satu dua lagu dicorong-corong radio. Handphone, televisyen. Macam-macam alternatives kan sekarang nih. Tak dengar lagu dalam sehari dah menggigil macam orang apa ntah.
Semua Ada di blog ini....
Beberapa peralatan mendengar Muzik..:-
1. HiFi hi-end ( yang besar Floor Stand speaker tu )
2. Home Theather ( yang macam bunyi Panggung Wayang tu )
3. Mini Hi Fi ( Denon , Aiwa, Sony dll )
4. Micro Component ( kecik sahaja....sesuai dalam bilik tidur )
dan banyak cara lagi seperti Hardrock Cafe...Konsert2 dan lain lain.
Akhir kata....Muzik sebahagian hidup kita.
Wasalam.
Aman Media.
Setuju bang..mantap
ReplyDelete